jangan baca

July 29th, 2006 by faizhanani

hari ni sepanjang hari aku rehat secukup2nya di bilik..Jadi bila tiba malam, aku terpaksala kerja keras sikit buat experiment..

bila aku dah dtg lab dan bersedia nak buat experiment..Ya Allah saper punyer keje ni getah yg aku guna utk gerakkan encoder dan  motor aku ni putus!!!

tension giler!! so aku try buat experiment guna getah yg dah agak loose…tapi of course result tak baguss….. system tak stabil…

pastu aku pegi la kutip getah2 mana yg ada kat lab ni…aku try buat experiment pakai getah2 tu..hems!!! tension!! itu pun tak stable gak!! tah aper2 aku tulis jap tak stable jap tak stabil lantak ler …tension giler..

aper aku nak buat? esok aku kene carik tali yg boleh gantikan getah ni…tali yg org guna kat mesin jahit tu boleh tak haa???aku try amik belt kete kancil punya…walaupun tu paling kecil size nyer yg ada pd keta tapi still besar pd system aku ni..

wargghhh geram betoi!!!

esok hari ahad..saper la nak bukak kedai? kedai mamak roti canai ader la..tapi mana ada jual tali mesin jahit..aper la aku ni…

aku dah tak ngantuk ni…tapi tak der mood nak buat aper..

nak balik tidor kat bilik dah kul 4suku..aku lak jadi 3suku!!

last2 aku tulis kat sini jer la..

aku tulis sbb tension giler….

So jangan baca..!!

tengok cermin

July 27th, 2006 by faizhanani

Hari tu masa aku paksa husband aku gunting rambut aku,aku belek rambut yang sedang dipotong tu  guna cermin yang aku pegang…

Sambil tu aku belek2 muka aku sekali..aku tgk muka aku dah tak kiut macam dulu lagi..hahah dulu kiut ker? hahaha takperla biarlah aku ‘perah santan’ sendiri..

pastu aku tanya husband aku…

"dah tua rupanya kiter ni yer"

"muka dah tak macam dulu lagi"

mula2 husband aku malas layan….dah ler dia dah ngantuk kene paksa gunting rambut aku tgh2 malam buta..

pastu aku cakap lagi.."hemss..dah tua la kiter ni"

pastu husband aku jawab" mmg la dah tua..takkan makin lama makin muda"

tension betul aku dgn jawapan tu..

walaupun sebenarnya aku harapkan husband aku cakap macam ni..

"tak aderla….nampak muda lagi" ahaksssss!!!

tapi lain lak jawapannya….

tapi sebenarnya bila aku pikir balik..walaupun sedih gak dgn jawapan tu..

aku patut terima hakikat…sememangnya aku dah tua!

usia bertambah..hayat berkurang….

Best tak?

July 27th, 2006 by faizhanani

Firefliesfilm01   Minggu lepas seronok sbb dapat bercuti bersama family aku. Biasalah lepak2 kat rumah, gi shopping kat jusco, gi shopping kat jusco, g shopping kat jusco,gi shopping kat giant,makan2 relaks2…

kalau aku cuti lama sikit, husband aku selalu cakap pada anak aku,

"Bestnyer kalau ibu ada"

Hari Rabu sampai jumaat husband aku g gubal soalan periksa kat gunung ledang resort, so aku pun ikut la sama ngan anak aku.Stay kat situ, tapi suasana yg seronok tu jadi tak seronok sbb aku jatuh sakit,demam,selsema,batuk..

So aku just tido jer kat bilik sementara anak aku yg aktif ni asyik tgk tingkap tunggu bila ayah dia nak balik,pastu asyik kacau aku,aku marah ler….dia main lampu,bukak lampu tutup lampupastu taburkan kuaci seluruh bilik,pastu bukak semua laci dalam bilik tu,pastu kuar masuk bilik air…

Aku sebenarnya kesian jgak kat dia..tapi aku dah mmg tak larat sangat nak buat macamana…

Disebabkan aku tak larat sangat aku ckp pd husband aku supaya habiskan kerja cepat2,aku nak balik secepat yg boleh sbb aku dah tak larat dok dalam bilik tu…

So husband aku ckp dia akan habiskan kerja malam tu juga dan balik malam tu juga…so petang tu supaya tak kempunan, husband aku ajakla pergi main air kat air terjun..Aku pun pergi la..nak amik hati..tapi sebenarnya mmg teringin nak main air juga….

so pas kul 11 malam, kami pun check out dr resort dan pulang ke rumah..memang rumah sendiri la tempat yg paling best di dunia…

Di rumah mmg la seronok walaupun tak sihat lagi….

Disebabkan husband aku selalu cakap soalan ni pada anak aku,

so aku pun tanya la lagi pada anak aku..

"kakak, best tak ibu ada ?

nak tau apa anak aku jawab?

dia jawab "ada" dgn reaksi muka yg macam best maksudnya..

aku ulang tanya lagi…"best tak ibu ada?"

dia jawab "Ada"..

aku dan husband aku ketawa bagai nak rak dia pun tak paham apa…

nasib baik aku tak tanya soalan ni kat dia…

"ibu ada best tak?" kang dia ambil perkataan last sekali macam soalan mula2 tu..

kang dia jwb "tak" ..tak ke padan muka aku…

perpisahan satu memilukan

July 14th, 2006 by faizhanani
aku rasa nak tulis sesuatu tapi..tiada kata2 yg mampu di lafazkan disebalik kesedihan ini…
buat winda sahabat lab ku..nantila aku tuliskan sesuatu..ini hanya doa perpisahan buatku untukmu…..
DOA PERPISAHAN - MIRWANA
Pertemuan kita di suatu hari
Menitikan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku ke hadrat ilahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Kau tetap pergi jua

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya ALLAH bantulah hambaMU

Mencari hidayah daripadaMU
Dalam mendidikkan kesabaranku
YA ALLAH tabahkan hati hambaMU
Di atas perpisahan ini

Teman, betapa pilunya hati
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga ALLAH memberkati persahabatan kita
Teruskanlah perjuangan ini

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya ALLAH bantulah hambaMU

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga tuhan berkatimu

Anak Ayam turun Serentak

June 29th, 2006 by faizhanani

25 June 2006,

hari ni hari sukan sekolah anakku…

kalau tak silap 2 minggu before tu anak aku g sekolah pepagi pakai baju sukan ..’teacher kata suruh pakai baju sukan sbb nak  main bola’

mula2 aku agak risau sbb anak ku ni tak boleh terlalu aktif sgt.kalau dibandingkan dgn budak2 sebayanya..

kalau lari sikit dia akan muntah2 macam tak cukup oksigen…

(Ya Allah semoga dia tak dapat penyakit spt yang aku telah alami).

disebabkan aku sibuk di sekolah aku,aku terlupa nak pantau macamana dgn aktiviti sukann anakku.sehingga husband aku memberitahu bhw anak aku muntah semasa latihan membawa bola …Jadi aku berfikir ingin meminta pengecuali utk anakku..

tapi tentu kasihan nanti pada anak aku kerana tidak dapat mengikuti aktiviti sukan…..

sehinggalah hari sukan tiba..rupanya anak aku tetap mengambil bahagian lari membawa bola…’atau lebih dikenali..sukan ‘anak ayam turun serentak’

aku agak berdebar2 menantikan anak aku beraksi..kerana  agak risau juga..ada yg anak2 yg jatuh ketika berlari lalu menangis…

bagaimana ya dgn anak aku?

bila tiba masa anak aku beraksi..rupanya aktiviti berkumpulan…aku lihat anak aku pucat wajahnya..dahla pagi tak nak makan maybe terlalu excited…

pastu tergaru garu..apa yg digarunya pun taktau..maybe disbbkan atas rumput padang banyak benda yg gatal2…anak aku ni sensitif sikit..(tapi aku lbh sensitif kot..)

jadi bila tiba giliran anak aku bawak bola kepit di ketiaknya dgn coolnya anak aku lari walaupun mukanya agak pucat…walaupun ada sedikit kesilapan yg dilakukan tapi membuatkan aku dan husband aku ketawa dgn gelagatnya..

alhamdulillah..akhirnya pasukan anak aku mendapat no 1.

hadiahnya medal berwarna emas…

tadi husband aku sms…sepanjang petang anak aku memakai medal utk ditayangkan kepada anak2 jiran ku yang lain…..

alhamdulillah anak aku tak muntah….di hari sukan sekolahnya..

semoga Allah memberikan kesihatan kepada kami sekeluarga..

Ameen..

p/s:kalau ada gambar nanti boleh attached di sini..nanti tanya pd ibu bapa kawan anakku jika ada gambarnya..kamera ku dah rosak…..nanti akan ku tulis coretan ttg cameraku yg rosak tu….

Mohd Aleem Ridzuan Abdullah

April 27th, 2006 by faizhanani

saper ni ek? dia sgtla special orangnya.. kali pertama aku tgk dia ni terus jadi suka sangat..dah la kiut..

tapi aku tak tau sbb apa yg special sgt kat dia ni..

hahaha jangan pk  bukan2 pula…..

aku jumpa dia ni sama2 satu ward kanak2 dgn anak aku…(la budak rupanya) umur baru setahun lebih….duduk sebelahan katil sebelah anak aku..mula2 jumpa dia terus melompat dia ..bila bagi biskut tiger lagi lah dia suka..

mak dia cakap dia kalau demam semakin aktif…

mak dia rupanya muda lagi… baru 20thn..aku tanya ayah dia umur berapa mak dia cakap umur 21thn..aku cakap mudanya….

anak aku pun suka dgn si Aleem ni…mudah mesra dgn orang…aku rasa mcm satu yg special dgn budak ni tapi aku tatau apa…..

"ayah dia tak dtg ker?"

"jauh kak…keje kat pelabuhan kat tanjung pelepas"

"oh takperla…. kalau cuti dia dtgla nanti"

……………………..

esoknya bila aku nak check out …

"kakak, saya nak bagitau satu bende.."

"a’a aper?"

"bukan tujuan saya nak tipu akak….sebenarnya saya tak kawin kak saya dapat aleem ni"

"….."

"dulu ayah saya nak belah perut saya….tapi kakak saya bawak saya jaga sampai dapat Aleem ni baru kemarahan ayah reda…tapi saya dah tak dibenarkan jumpa ayah Aleem ni…dan saya pun dah insaf kak..saya tak pernah jumpa dia lagi kak.."

"…."

"maafkan saya kak sbb tipu akak…"

"takper…manusia masing2 ada cerita masing2 yg berhak disembunyi"

"saya dah insaf dah akak..dulu saya ikut nafsu …ada org nak ambil aleem jadi anak angkat tapi saya tekad nak jaga dia sampai besar.."

"kalau ada org ajak kawin?"

"saya tak mau pkkan lagi kak.. saya nak besarkan anak saya ni dulu…"

"Alhamdulillah …."

Aku kuar hospital hari tu dgn rasa sebak,penat,terkedu,insaf dgn diri sendiri…

kalau aku sorang…. mampu nak jaga nak besarkan anak aku…

sekarang pun husband aku yg buat semua tu..

………speechless……….

Jangan Mati lagi

March 17th, 2006 by faizhanani

kekadang aku jadi kecewa dengan diri sendiri..

dulu aku jadi engineer aku rasa tak puas sbb walau duit banyak aku rasa aku tak der contribution pada masyarakat…

sbb tu aku rasa nak jadi pendidik pula..tapi sebelum aku nak jadi pendidik ..aku kena dididik dulu ..maksudnya jadi student la…

bila dah jadi student lak aku cari mana contribution pada masyarakat lak..

bukan saja pada masyarakat …tapi pada family aku sendiri..suami aku ,anak aku,mak ayah aku..adik2 aku kakak2 aku.

sedih aku bila pk mak aku buat kenduri utk adik aku ,aku hanya balik pada hari kenduri….macam tetamu lak…bila suami aku cuti sekolah aku lak tinggal dia ngan anak kat rumah aku pegi la jadi student tu…padahal macam cuti sekolah la  boleh jalan2 spend masa together gether….sedih tul ….

pastu ngan kawan2 pula semua  …nak jumpa pun susah..sedih juga rasanya….

kawan lain lak kalau buat gathering kita susah lak nak pergi…maklumlah sibuk…

hemss ini hubungan dgn manusia ..bukan lagi hubungan dgn Tuhan..kalau dulu aku rasa masa student ni la mendekatkan diri dgn tuhan…tapi sekarang? kekadang penat tertidur solat tertinggal…kekadang terlalu sibuk solat pun asyik pk benda yg belum selesai…takder khusyuknyer…apatah lagi nak berdoa…doa pendek2 jer..

aku harap aku tak mati lagi….mmg aku takut mati..tapi aku belum bersedia utk mati…dosa bertimbun …nak berjasa pun belum…bukan tu jer..aku pun harap orang2 sekeliling aku pun umur panjang lagi….diorang mati awal sedih jugak aku..sbb banyak yg aku nak contribute pd diorang belum terlaksana……

aperhal aku sedih2 ni….woo dah hujung minggu rupanya…hujung minggu biasanya masa dgn family aku…tapi baru jer semalam aku balik ke UIA ni…

jangan terkejut kalau aku takder kat UIA tetiba..don’t worry aku tak g mana2…ke pangkuan suami dan anak tersayang jua la jawabla….

You Raise Me Up

March 9th, 2006 by faizhanani

You Raise Me Up

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.

There is no life – no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.

Buat Baik di Balas Baik

March 9th, 2006 by faizhanani

Di Dunia sekarang susah nak berbuat baik…

kekadang kita bantu org di jalanan rupanya dia nak rompak kita…

kekadang kita buat baik dgn kawan dia pula menfitnah kita..

Kekadang aku pun lupa konsep buat baik dibalas baik ni..

Sehingga satu hari tu…

aku tak ingat aku buat baik aper pada siapa…

tapi yang aku ingat selepas aku buat baik tu(nampak sangat jarang buat baik hahaha)

………………

rupanya tak lama lepas tu supervisor aku memberikan pertolongan dlm eksperimen aku…dahla mmg dah pening lama dekat 2 bulan lebih buat op amp ngan PWM asyik terbakar jer……(sah bodoh elektronik)

Ya Allah, aku terpk juga…. selama ni aku pk kalau aku buat baik pada kawan aku aku harap satu hari nanti dia pun akan buat baik pada aku juga…

rupanya konsep aku ni salah…..kalau aku buat baik pada si A tak bermakna dia akan balas baik pada aku..tapi kebaikan tu akan di balas oleh orang lain..

takpun Allah akan balas dgn memudahkan segala urusan kita…itu pun kebaikan juga…!

Apa pun kalau kita buat baik kita tak yah la harap orang balas dgn kebaikan juga.. nanti buat sakit hati jer….cthnya hari ni kita banjer dia 50 sen..jgn harap esok lusa dia banjer 50 sen juga…

kalau hari ni kita ajak dia naik keta jangan terkejut kalau 1 minggu lagi dia naik keta tak toleh langsung tengok kita…

kalau kita mengharap balasan dalam suatu kebaikan kita takkan ke mana…rasa sakit hati lagi ada laa…

‘dia tu dulu masa susah aku tolong..now masa dia senang kenduri rumah aku pun tak nak dtg’

‘dulu aku yang beli baju kat anak2 dia..tapi anak aku sorang pun dia tak pernah beli baju’

‘dulu …dulu.. dulu….

dulu lain sekarang lain…..

kan dah jadi dosa pada kita…dosa mengata….

So, ikhlas la dalam sesuatu perbuatan.. tak yah mengharap pada sesuatu yang tak pasti…

kalau hidup saling ungkit mengungkit ni takder pekdahnya…

mana dia ?..Di hati ini…

February 24th, 2006 by faizhanani

Kamu kan di Jepun sekarang…

kan kalau kamu buat apa2 tak siapa yg tahu…
ibu bapa kamu tak tahu…

saudara mara semua tak tahu..

cikgu2 sekolah kamu juga tak tahu..

kawan2 kamu juga tak tahu…

kan di sini jepun kawan2 kamu tak pakai tudung pun ..
kawan2 kamu makan jer ikut suka mereka…

…Tapi saya ada Tuhan…

mana? mana Tuhan kamu?
atas langit? tepi meja?

berdiri sebelah kamu?

Tuhan saya Satu tapi ada di mana-mana…

mana? mana? saya tidak percaya…

Ada….

Di sini…

Di hati….

walaupun ibu dan ayah saya tak nampak apa yg saya lakukan..

mahupun saudara mara…

guru guru yang pernah mendidik…

kawan2….

Tapi Tuhan saya ada di hati…

Jika saya buat sesuatu yg tak baik

hati saya tidak akan tenang……

di hati saya akan tercetus segala rasa…

itu tandanya Tuhan saya ada dan Dia tak suka jika saya buat jahat…

jawabnya
Oh ..patutlah….jika saya rasa tidak senang di hati..saya tidak tahu pada siapa harus dituju..
kerana saya tidak ada tuhan di sini(hati)..

Alangkah indahnya jika seperti dahulu….
makin dewasa makin terasa jauh dgn Tuhan…

ya Allah ampunkan dosaku…